KLINIK KOMPLEMENTARI SAM SHIFA (KKSS)

Photobucket

PERUBATAN ALAMI

PERUBATAN ALAMI

SAM SHIFA DI MIHAS 2008

PROMOSI DASC SKINCARE

Photobucket

Sunday, May 4, 2008

KLINIK KOMPLEMENTARI SAM SHIFA

Klinik Komplementari Sam Shifa’ mula beroperasi pada 1 januari 2006 setelah sekembalinya Doktor Siti Aishah Binti Hj. Mohamed Ali dari India dengan kelulusan MD(AM). Beliau mula berkhidmat di dalam Pusat Kecantikan & Rawatan Alternatif Sam Shifa sehingga bulan Mei. Pada masa itu dikenali sebagai SSC(Sam Shifa Clinic). Namun disebabkan SSC berada di tingkat 1, ramai pesakit kronik menghadapi masalah untuk naik ke klinik. Demi memudahkan pesakit maka SSC mencari satu lokasi baru. Kemudian setelah proses pengubahsuaian klinik baru disiapkan, maka Klinik Komplementari Sam Shifa di Ulu Bernam mula beroperasi sepenuhnya. Dr. Siti Aishah dan bapanya Dr. Mohamed Ali Kamaludin, bergabung sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit tak kira dari jauh atau dekat.

Klinik Komplementari Sam Shifa’ merupakan sebuah klinik yang menjalankan perubatan alternatif yang dikomplemenkan dengan ubatan celltheraphy, biokemik, homeopati, ayurveda, herba dan ubatan tradisional lain. Ubatan yang dibekalkan disahkan selamat tanpa kesan sampingan 100% (tanpa steroid, bahan kimia atau dadah).

Pelbagai rawatan alternatif yang disediakan di klinik kami tetapi perkhidmatan utama yang dilakukan ialah CELLTHERAPHY, HOMEOPATI dan AKUPUNTUR yang dijalankan oleh Dr. Siti Aishah. Manakala bapanya lebih fokus terhadap perubatan AYURVEDA dan SPRITUAL.

CELLTHERAPHY ialah rawatan terhadap sel iaitu merawat sel yang rosak dengan cara pengumpulan sel tersebut dan dinyahkan dari badan, kemudian pembinaan sel yang baru untuk membetukkan semula tisu atau organ berpenyakit. Lalu masalah pesakit akan dipulihkan secara total. Maka, tanpa teragak-agak rawatan ini mempunyai motto Celltheraphy Sedunia iaitu “CURE IS SURE

AKUPUNTUR ialah perubatan alternatif dari China yang menggunakan jarum dan ditusuk kepada titik-titik meridian yang ada pada badan seseorang. Malah ia bukan sahaja untuk manusia bahkan boleh juga untuk merawat haiwan dam tanaman.

Setiap penyakit yang dirawat mempunyai pelbagai pilihan rawatan yang bersesuaian dengan pesakit. Contohnya dari segi kemampuan, peringkat umur dan sebagainya. Di samping itu, rawatan susulan diberikan berdasarkan konsultasi bersama Doktor setelah penyakit dikesan melalui kaedah IRIDOLOGI dan PULSE CHECK.

No comments: