KLINIK KOMPLEMENTARI SAM SHIFA (KKSS)

Photobucket

PERUBATAN ALAMI

PERUBATAN ALAMI

SAM SHIFA DI MIHAS 2008

PROMOSI DASC SKINCARE

Photobucket

Friday, April 4, 2008

BIODATA PENGASAS

NAMA : DR.SITI AISHAH BINTI HJ. MOHAMED ALI. MD(AM),FWSAM(USA),

BEST STUDENT IN CHINESE MEDICENE 2004

TARIKH LAHIR : 05 .11.1974 DI TUMPAT KELANTAN.

PENGANUGERAHAN SIJIL :

  • Diploma Alternative System of Medicines (D.A.S.M)
(15 Januari 2002)
  • Diploma In Accupuncture, D.Ac Rimac (Malaysia)
(20 Disember 2004)
  • Best Student In Chinese Medicines 2004
(20 Disember 2004)
  • Ijazah Pendidikan Sains Fizik (Hons)
(24 Ogos 2005)
  • Indian Celltheraphy Institute, Course Completion Certificate
(28 Disember 2005)
  • Participation World Society of Alternative Medicines (U.S.A) – Designation FWSAM
(20 Februari 2006)
  • Doctor of Medicine (Alternative Madecine) MD (AM)
(4 Mac 2006)
  • Registration Medical Practitioner of the Indian Board of Alternative Medicines
    • Affiliated with the open university for the complementary medicines (medicina alternativa)
    • Registration No. : IBAM/RMP/ B - 1085 (6 Mac 2006)
  • Participation Women’s Health Asian Traditional Medicine
(28 – 30 Julai 2006, PWTC, Kuala Lumpur)

PROFIL DIRI :

Beliau adalah anak kepada seorang bekas Pengamal Perubatan Alternatif yang turut mempraktikkan perubatan Homeopathy, Siddha, Ayuvedic, dan Herba sebelum merdeka lagi. Hasrat bapanya untuk menjadikan beliau sebagai pengganti mewarisi ilmu dalam bidang perubatan tradisional akhirnya menjadi kenyataan dan pada awal tahun 2006,beliau telah digelarkan sebagai DOKTOR of MEDICINE oleh Indian Board of Alternative Medicines. Wartawan dari METRO telah menemuramah anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan keterangan yang lebih jelas telah dipaparkan dalam akhbar METRO keluaran Isnin,10 April 2006 bertajuk SITI REALISASI IMPIAN AYAH.

Pada mulanya beliau hanya membuat rawatan di rumah sahaja seperti facial, rawatan kulit dan rambut. Rawatan yang dilakukan memberi kesan yang memberangsangkan dan mendapat sambutan. Beliau mula membuka sebuah Pusat Kecantikan & Rawatan Alternatif Sam Shifa’ pada tahun 2004. Nama ini dipilih bersesuaian dengan jiwa beliau untuk menggabungkan klinik dan salun. Selain itu, beliau mempunyai motto tersendiri iaitu “ NATURE IN HEALTH & BEAUTY (untuk cantik, kita mesti sihat dengan produk natural) ”. Apa yang dapat dikaitkan di sini ialah alternatif yang diambil untuk perkhidmatan pusat rawatan beliau. Semua rawatan yang disediakan adalah gabungan rawatan kecantikan dan kesihatan. Motto ini juga telah diwarwarkan dalam majalah D’HERBA keluaran Jun 2006. Penjagaan kecantikan menjadi kurang berkesan serta tidak kekal lama jika soal kesihatan diabaikan. Dua aspek ini mesti disegandingkan sebagaimana kacip fatimah akan menggigil apabila tongkat ali mula berada di katil.

Pada hujung tahun 2004, beliau mula menambah satu lagi cabang ilmu Perubatan Alternatif iaitu mengambil Diploma Akupuntur. Dengan berkat usaha gigih beliau telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Best Student In Chinese Medicines 2004 oleh Pr. Dr. Nik Omar dari Reseach Institute of Medical Acupuncture (RIMAc Malaysia).

Hampir 9 tahun beliau bertungkus lumus mengikuti program perubatan secara formal, akhirnya beliau telah dianugerahkan sebagai Doktor of Medicine (MD) Alternatif Medicines in Celltheraphy. Beliau merupakan orang pertama yang mengamalkannya bukan sahaja di Malaysia malah di Asean. Kelulusan beliau diakui oleh WHO dan ditauliahkan RMP (Registered Medical Practicional).

Jauh perjalanan. luas pengalaman, berkat keazaman, tinggi kesabaran. Beliau mempunyai satu lagi kelebihan iaitu dapat memahami pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hindi, Thai, dan Tamil. Beliau merupakan anak keturunan berdarah campuran Melayu, Pakistan, dan India. Kelebihan ini telah dimanfaatkan dengan membantu pesakit yang memerlukan beliau bukan di Malaysia sahaja bahkan pernah dijemput ke Thailand dan India untuk mempraktikan kepakaran beliau terutama dalam kes pasangan yang puas berubat untuk mendapatkan zuriat.

TESTIMONI - KES 'INVERTED UTERUS'

Beliau telah membuktikan kejayaan tersebut dengan testimoni diri sendiri. Pada awal 2008 beliau telah mendapatkan khidmat PAKAR SAKIT PUAN TERKEMUKA untuk mengetahui tahap kesihatan organ reproduktif dan didapati Uterus perlu dibedah supaya beliau dapat mengandung lagi setelah anak pertamanya berumur 8 tahun.

Kemudian beliau minta ditangguhkan pembedahan kerana ingin mencuba rawatan sendiri. Lalu tanpa melengahkan masa belaiu terus merawat diri sendiri dengan menlakukan Akupuntur dan rawatan 'Celltheraphy' iaitu gabungan ubatan Ayurveda dan Biochemic. Ditambah lagi dengan food remedies dan home theraphy. Selepas 3 Bulan beliau telah disahkan mengandung anak ke-2.

Memandangkan beliau dan suami menginginkan anak lelaki makan beliau telah mereka resipi pemakanan melalui kaedah integrasi holistic selama 3 bulan dalam rawatan dan 3 bulan semasa mengandung. Hasilnya beliau telah selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Mohamad Fawwaz Syakirin bermaksud Berjaya dalam kesyukuran pada 11 Dis.2008. ALHAMDULILLAH...


PENGALAMAN :

Sepanjang perkhidmatan beliau di Sam Shifa’ terdapat pelbagai jenis permasalahan dari pesakit dengan pelbagai karenah, bermacam jenis penyakit yang telah diterima. Namun, dengan kepakaran yang ada pada beliau, rawatan yang terbaik diberikan kepada setiap pesakit.

Diantara penyakit yang dirawat oleh beliau ialah pesakit lumpuh yang tidak dapat berjalan. Rawatan akupuntur dilakukan terhadap pesakit tadi ketika beliau masih lagi dalam latihan merawat pesakit. Beliau terkejut dengan beberapa batang jarum saja, lebih kurang 5 minit kakinya sudah ada rangsangan ketika beliau memasukkan jarum yang seterusnya pada bahagian kaki kirinya.

Kes kedua yang penah dirawat oleh beliau ialah seorang bekas guru yang tidak lagi bergantung kepada Inheler (penyedut asma) setelah datang untuk rawatan susulan pada kali kedua di klinik Sam Shifa’. Sekarang, dengan izin Allah beliau sihat dan mampu berkebun serta boleh melakukan aktiviti seharian seperti sediakala.

27 Sept.2008

Kes Buang Tahi Lalat Hidup BERJAYA!

Melalui kaedah integrasi perubatan Ayurveda & Homeopati pesakit ini telah mencapai hajatnya untuk membuang tahi lalat tanpa pembedahan, tanpa suntikan dan tanpa laser yang menyakitkan. Beliau merupakan pesakit lama Dr. Aishah yang kini sebagai pesakit luar sahaja. Pada 12 Julai 09 belaiu datang mengadu semakin banyak tahi lalat hidup tumbuh menyebabkan hilang keyakinan diri bila berhadapan di kahlayak ramai.

Beliau telah diberikan sabun cuci muka, masker Sam Shifa, ubat makan dan ubat titik. Beliau diminta datang semula untuk diperiksa pada 1 Ogos 09 dan diberikan ubat kedua yang terdiri daripada bat titik, krim sapu an ubat makan memandangkan kesan baik yang diperolehi daripada dos pertama.

Pada 28 Ogos diberitahu bahawa semual tahi lalatnya gugur setelah kering dan kecut.Malah tahi lalat lain tidak lagi tumbuh dan kulit bertambah licin dan cerah.




3 comments:

Anonymous said...

boleh sy tanya...kos rawatan untuk buang tahi lalat berapa ye?

Anonymous said...

klau boleh sy nak tahu detail kos rawatan bg membuang tahi lalat...tq

Anonymous said...

nk tau lebih lanjut sal rawatan ini..