KLINIK KOMPLEMENTARI SAM SHIFA (KKSS)

Photobucket

PERUBATAN ALAMI

PERUBATAN ALAMI

SAM SHIFA DI MIHAS 2008

PROMOSI DASC SKINCARE

Photobucket
Showing posts with label SEJARAH SAM SHIFA. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH SAM SHIFA. Show all posts

Sunday, May 4, 2008

PUSAT KECANTIKAN & RAWATAN ALTERNATIF SAM SHIFA’

Pusat Kecantikan & Rawatan Alternatif Sam Shifa’ adalah cawangan kami yang dikhaskan untuk menjalankan rawatan kecantikan. Namun pembukaannya adalah lebih awal dari Klinik, iaitu 1 September 2004. Ia telah menjadi PUSAT UTAMA RESDUNG di Perak. Ini kerana kami mampu memberikan rawatan alternatif yang lebih banyak kepada pengidap Resdong bukan sekadar Rawatan Asap sahaja.

Antara rawatan yang disediakan dipusat kecantikkan kami pula lebih kepada penyelesaian masalah kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Diantaranya ialah rawatan muka. Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk muka. Diantaranya yang digemari ialah ‘Refreshing facial’ ‘Normal Facial’, SAM Fairness Facial’ ‘Pores Facial’ yang menggunakan Magic Hammer. Rawatan badan seperti urut rilek, urut stress, lulur/scrub badan, rawatan slim, ‘body and slimming treatment’, rawatan rambut, mulut, gigi, kaki dan lain-lain. Kami turut menyediakan pakej untuk bakal pengantin, pakej sebelum dan selepas bersalin, pakej awet muda.serta serta SPA yang mementingkan penggunaan ramuan natural.

Pelbagai keistimewaan diberikan kepada pelanggan Sam Shifa’ iaitu promosi dan hadiah setiap bulan seperti akupuntur percuma, sauna percuma, potongan harga diberikan kepada warga emas, pelajar dan golongan kurang mampu serta ibu tunggal. Sasaran utama kami ialah tumpuan diberikan kepada pelajar UPSI yang menderita kesakitan, kurang mampu,anak yatim akan dijadikan sebagai ANAK ANGKAT SAM SHIFA’

  • CIRI – CIRI PERUBATAN SAM SHIFA’

· 100% selamat

· Tiada kesan sampingan (No Side Effect & No Post Effect)

· Sesuai untuk semua golongan

· CURE IS SURE…InsyaALLAH !!!

KLINIK KOMPLEMENTARI SAM SHIFA

Klinik Komplementari Sam Shifa’ mula beroperasi pada 1 januari 2006 setelah sekembalinya Doktor Siti Aishah Binti Hj. Mohamed Ali dari India dengan kelulusan MD(AM). Beliau mula berkhidmat di dalam Pusat Kecantikan & Rawatan Alternatif Sam Shifa sehingga bulan Mei. Pada masa itu dikenali sebagai SSC(Sam Shifa Clinic). Namun disebabkan SSC berada di tingkat 1, ramai pesakit kronik menghadapi masalah untuk naik ke klinik. Demi memudahkan pesakit maka SSC mencari satu lokasi baru. Kemudian setelah proses pengubahsuaian klinik baru disiapkan, maka Klinik Komplementari Sam Shifa di Ulu Bernam mula beroperasi sepenuhnya. Dr. Siti Aishah dan bapanya Dr. Mohamed Ali Kamaludin, bergabung sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit tak kira dari jauh atau dekat.

Klinik Komplementari Sam Shifa’ merupakan sebuah klinik yang menjalankan perubatan alternatif yang dikomplemenkan dengan ubatan celltheraphy, biokemik, homeopati, ayurveda, herba dan ubatan tradisional lain. Ubatan yang dibekalkan disahkan selamat tanpa kesan sampingan 100% (tanpa steroid, bahan kimia atau dadah).

Pelbagai rawatan alternatif yang disediakan di klinik kami tetapi perkhidmatan utama yang dilakukan ialah CELLTHERAPHY, HOMEOPATI dan AKUPUNTUR yang dijalankan oleh Dr. Siti Aishah. Manakala bapanya lebih fokus terhadap perubatan AYURVEDA dan SPRITUAL.

CELLTHERAPHY ialah rawatan terhadap sel iaitu merawat sel yang rosak dengan cara pengumpulan sel tersebut dan dinyahkan dari badan, kemudian pembinaan sel yang baru untuk membetukkan semula tisu atau organ berpenyakit. Lalu masalah pesakit akan dipulihkan secara total. Maka, tanpa teragak-agak rawatan ini mempunyai motto Celltheraphy Sedunia iaitu “CURE IS SURE

AKUPUNTUR ialah perubatan alternatif dari China yang menggunakan jarum dan ditusuk kepada titik-titik meridian yang ada pada badan seseorang. Malah ia bukan sahaja untuk manusia bahkan boleh juga untuk merawat haiwan dam tanaman.

Setiap penyakit yang dirawat mempunyai pelbagai pilihan rawatan yang bersesuaian dengan pesakit. Contohnya dari segi kemampuan, peringkat umur dan sebagainya. Di samping itu, rawatan susulan diberikan berdasarkan konsultasi bersama Doktor setelah penyakit dikesan melalui kaedah IRIDOLOGI dan PULSE CHECK.